بيت جديد 2. 0
Haiii.
Lamanya tak menulis.
Memang rasa nak buat luahan tapi susah betul nak cari masa.
Okay tajuk pun dah jelaskan?
So mari kita tengok gambar rumah.
Sebab ni paling terbaik. Sis pulak dah la jarang masak kalau bukan dekat dapur sendiri. So bila dapat dapur macam ni, happy betullll. Rasa nak duk dapur lama2.
Ceh. Baru tengok dah cakap camtu. Cuba kalau sebulan, berasap ke tak? 😂
ruang tamu ya gais. Luas bener untuk 2 orang ni. Siap ada divider lagi. Duit pulak tak cukup nak beli meja makan. Haha. So masih kosong kawasan ni. Tapi tak perlu pun meja tu dah kalau setiap kali makan mesti nak tengok tv kan?
pehhh. Ini pun terbaik gaissss. My workspace yang 24 jam kelas online memanjang. So ni bilik sis. Kerusi pun guna encik suami punya. Sobs. Terima kasih awakkk.
tadaaaa. Masterbedroom dah siap katil tilam dan almari full cermin. Memang nice. Cuma agak sempit sikit. Tapi tak kisah sebab guna untuk tidur je kan. Banyak masa dekat luar bilik.
Btw bilik air pun luas. Tapi tak perlu gambar kot eh. Nak tengok sila lah datang. Hehe.
Alhamdulillah memang selesa ada rumah sendiri. Boleh plan elok2 dengan pasangan. Dia pun akan memahami kerja2 kita. Dan buat kita lebih teratur dari segi kerja rumah dan sebagainya. Sebab kita yang conquer rumah tu. Kita dah set hari sekian2 nak buat apa, wakti sekian2 nak buat apa.
Kalau nak jadi tongkang pecah ke, malas ke, kita berdua je yang tahu. Sebab kita manusia. Bukan robot yang dah di program tu. Ada masa2 malas, letih, ada priority. Jangan jadi hamba manusia sudah.
Asalkan setiap perbuatan kita tu, niat kerana Allah semata, barulah tak rugi buat kerja penat2. Allah nampak usaha kita. Bukannya nak tunjuk dekat sesiapa pun.
Okay tu saja cerita untuk rumah baru. Owner melayu, baik. Siap ada group whatsapp lagi. Dah siap kemas nanti kita story2 lagi okay. Chaoooo bella chaooo.
Gambar bersama, hari pertama masuk rumah ni.
Hudaery
28082021
Comments
Post a Comment