Posts

Showing posts from July, 2024

luka

Image
Alkisahhhh. Omma pergi dapur kejap nak tukar pinggan sebab tengok hania macam nak makan sendiri. Datang balik semula tengok dia gosok frame ni atas lantai pastu macam ada warna. Pelik juga, dari mana dia dapat pen. Tiba2 baru perasan frame tu pecah dan warna merah tu dari darah dia. Panik sekejap nak buat apa. Tengok dia dah mula nangis dan start gosok jari telunjuk dengan ibu jari, terus angkat bawa masuk bilik air. Basuh dulu. Risau ada serpihan kaca. Memang banyak lah keluar dengan kulit dah terbelah tu. Cari kain nak stopkan darah dia. Tekan lama2. Sementara nak cari kain tu, dan dulu menitik di merata. Kain yang sama lap darah dan hingus. Sementara nak tunggu darah berhenti tu, dia duk sebut nekmi. Dan call tak berjawab. Rupanya di masjid. Group family pun masih dengan kerja masing2. Dah lama tu, balut dengan tisu dan salotip je. Ayah balik dia mengadu tunjuk tangan, tunjuk tempat kejadian. Sebelum tidur tangan duk terangkat lagi. Terjaga masa o...

birthday Abang ke 36

Image
Minggu ke 26 pregnant. Alhamdulillah masih berada di sisi abang masa ulang tahun kelahiran abang. Happy birthday abang. Sorry lambat wish walaupun dah duduk sebelah dari jam 12 pagi. Haha. Ralit sangat tengok cerita miss night and day. Hadiah dah bagi awal. Takda idea nak bagi apa. Tapi sebab abang ada complaint earphone lama guna sekejap sangat dan habis bateri, beli jelah. Survey pun sekejap je. Harap tahan lama. Beli masa tengah live. Alhamdulillah berbaloi. Hiks. Maaf pagi sedia sarapan lambat. Abang cuti isnin sempena hari sukan sabtu baru ni. Tapi sayang masih kelas macam biasa. Jadinya lepas kelas baru nak urus anak sambil sempat buat tempoyak. Hahaha 😆  Panaskan je lauk dalam peti dan goreng nugget. Lama dah abang cakap nak makan nugget tu. Tapi malam sebelum tu abang ada request nak nasi lemak ikan patolin goreng. Huuu. Maaf tak dapat tunaikan di hari yang bahagia dan bermakna. Tapi akan di fikir2kan dalam masa terdekat. Tq abang sebab masih buat kerja rumah. ...