birthday Abang ke 36

Minggu ke 26 pregnant.

Alhamdulillah masih berada di sisi abang masa ulang tahun kelahiran abang.
Happy birthday abang.
Sorry lambat wish walaupun dah duduk sebelah dari jam 12 pagi. Haha.
Ralit sangat tengok cerita miss night and day.

Hadiah dah bagi awal. Takda idea nak bagi apa. Tapi sebab abang ada complaint earphone lama guna sekejap sangat dan habis bateri, beli jelah. Survey pun sekejap je. Harap tahan lama. Beli masa tengah live. Alhamdulillah berbaloi. Hiks.

Maaf pagi sedia sarapan lambat. Abang cuti isnin sempena hari sukan sabtu baru ni. Tapi sayang masih kelas macam biasa. Jadinya lepas kelas baru nak urus anak sambil sempat buat tempoyak. Hahaha 😆 

Panaskan je lauk dalam peti dan goreng nugget. Lama dah abang cakap nak makan nugget tu. Tapi malam sebelum tu abang ada request nak nasi lemak ikan patolin goreng. Huuu. Maaf tak dapat tunaikan di hari yang bahagia dan bermakna. Tapi akan di fikir2kan dalam masa terdekat.

Tq abang sebab masih buat kerja rumah. Vacuum, basuh baju, mop, mandikan anak. Kadang nak juga berehat sekejap dari tugas harian.

Lepas anak bangun, kita makan secret recipe. Tapi anak pula macam tak okay. Sakit perut and taknak makan. Meragam sikit. Tapi masa bergambar tu dia okay lagi.

Suka tengok gambar dia kisa abang. Nanti abang ambilkan gambar sayang dengan dia macam ni pula tau.

Lepas siap tu, hania nangis dan muntah sikit dalam kereta. Singgah lotus bagi anak main kereta dan beli hot n roll.

Kalau ikutkan, nak singgah gerai durian. Taktau la makanan birthday boy ke sayang yang nak makan. Hahahaha.
Tapi sebab anak tak okay, terus jelah balik. Dah balik tu mood dia okay pula. Susah nak tidurkan. Alahai.

Harap hari ni bermakna buat abang.
Eid milad saied abang sayang.
Love you.
😘

hudaery
23072024
3.09am


Comments

Popular posts from this blog

minggu 39

بيت ‏جديد ‏2. ‏0

helmet ‎