اطلب! احد ثلاثاء خميس

Alhamdulillah hampir 3 minggu open order nasi berlauk untuk pelajar WISE terutamanya.

Antara sebabnya :
- kewangan tidak stabil
- asah bakat memasak
- cari pengalaman bisnes
- bantu pelajar lapar 😂

Masa zaman belajar dulu, hanya kurma peneman dikala sarapan mahupun tengahari. Sangat-sangat berjimat sehinggakan tengok kurma pun nak termuntah. 

Awal-awal sem dulu, excited buat sarapan sendiri. Pukul 5.50 dah naik bus. Bayangkan la mula masak pukul berapa 😂. Alang-alang terlajak masak tu, buat banyak terus untuk tengahari. Lama-lama dah penat plus exam lagi. Akhirnya makan kurma. Huuu.

Jual lauk apa? 

First day : ayam masak sambal
Seterusnya : ayam masak kicap
Kemudian : ayam percik
Dll.

Lepas solat subuh, terus masuk dapur. Pernah je masak awal2 malam tu. Macam rendang, sambal nasi lemak. Tak sempat nak buat pagi tu. I bukan chef pun. Masak pun masih slow. 



Gambar hari pertama menjual. Guna safrah isi nasi dan lauk dalam plastik. 1 jd. Berapa kali lambat masuk kelas sebab packing makanan 😂. 

Hari ni punya lauk. 
Nasi lemak telur mata. Bungkusan pun dah upgrade, kertas shawarma 🤣. 
Suami saya biasanya akan tolong bungkus nasi. Sangat teliti orangnya. Terima kasih abang sebab selalu support sayang. 

Lengkap dengan ikis bilis, kacang dan timun. Sambal still tak cukup. Tak pandai buat kuah lebih. Rasa banyak dah sambal. 

Setakat ni, duit jualan dan boleh rolling buat modal dan duit rumah. Alhamdulillah. Kering idea nak masak apa. Huuuu.

Disebabkan menjual ni, kami buat group berdua. Haha. Senang nak update bayaran, duit jualan. 

Moga Allah bantu kami mengurus masa dengan baik. 

Comments

Popular posts from this blog

minggu 39

بيت ‏جديد ‏2. ‏0

helmet ‎