شو لون منزلك؟
Minggu terakhir oktober, juga minggu ke-4 berada di Jordan.
Khamis, 24 Oktober.
Hari yang sangat padat.
Penat semalam pun belum habis lagi.
Dari pukul 10 malam mula masak rendang.
Dah macam nak raya.
Dalam pukul 12 baru settle semua.
Itupun belum adjust rasa dia sebab terlebih letak gula.
5.30 : bangun masak nasi dan panaskan lauk rendang semalam.
Tak boleh tinggal dapur, nanti santan berketul.
7.30 : siap bungkus order 11 bungkusan. Sarapan rendang dulu. Pastu kembang hidung sekejap sebab sedap rupanya masakan aku ni 😂😂😂.
Bersiap2 dan terus ke kelas Usul Qiraat.
Satu-satunya muhadhoroh (kelas) yang ana jadi mustamik atau dhoifah (tetamu) .
Rasa gembira sangat. Alhamdulillah ada syabab tolong belikan kitab untuk madah (subjek) ni. Sekali dengan kutaiyyab (buku kecil) matan Syatibiy.
Total 12JD.
9.00 : Pulang ke rumah, mengulang juz 1. Kejap lagi nak tasmik sanad ghaibiy. Sempat mengulang 7 maqra je.
9.50 : Disebabkan hari ni first day tasmik, tak dapat nak agak berapa minit perjalanan dari rumah ke markaz. Estimated 10 minutes kot. Sampai2 je muallimah macam tengah tunggu. Segannnya. Tapi memang tepat2 samoai pukul sepuluh.
Tasmik 6 maqra dalam 25 minit. Ada tersilap sikit. Dan dia tegur certain tempat yang tak jelas beberapa huruf. Btw muallimah ni tak syadid pun nak banding dekat markaz jumzu. Mungkin masa dia ambil sanad dulu pun, syeikhah dia tak syadid. Tapi rindu markaz jumzu dan seisinya.
10.30 : jalan kaki ke Carrefour. Cari barang sikit untuk jual hari sabtu ni, penutup hari sukan Amman. Bukan la sikit. Ayam hampir 10 kilo, plus kacang nak buat nasi lemak, madu dll. Suami saya tengah kelas, jadi kita angkut je semua.
12 - 2.30 : dalam tempoh ni duk dekat sinki, potong ayam, basuh, bahagi dalam bekas dan simpan dalam peti. Masha Allah, dasyat sangat. Nak potong ayam kecil tu pun, mencabarnyaaaa.
2.30 : makan ayam rendang tadi dengan nasi tapi tak masak lagi untuk suami saya 😂. Kesian dia lapar baru balik kelas. Lepas makan terus buat ayam korea ikut saiz potongan tadi. 4 ketul 1 JD.
5.00 : bersiap dan pergi ke Sweileih untuk acara sukan. Actually dia banyak kali juga suruh masuk mana2 permainan. Tapi taknak terikat sangat dengan peraturan dan nak bagi peluang pada akhwat lain, jadinya kita cuma penonton. Tapi main jugak time diorang dah habis game. Lagi dasyat. Lepas maghrib sampai isyak kotttt. Sampai orang dah start game baru pun main ping pong lagi dengan Salmi. Lepas gian orang kata.
Banyak jugak soalan "kak Huda rumah apa?" Jawab lah rumah hijau yang tiada dalam list tu. Tapi angkat tudung bila biru menang sebab pakai colour tu 😝.
8.45 : bertolak ke Madrasah Numuy Tarbawiy. Selalu dengar akhawat dan syabab guna gelanggang ni. Tapi selama duk jordan, tak pernah jejak kaki. So, ni lah first time pergi. Terharu sekejap uhuk. Sambung pulak main badminton dekat sini plus ganggu orang main chess. Maafkan ana 😜.
Tersedar sebentar dari lamunan, kasih sayang Allah gerakkan hati untuk berada di sini. Why? Sebab Allah pertemukan dan pertautkan kembali ukhuwwah yang 5 tahun dulu pernah hancur, terputus dengan begitu dasyat. Kesan sampai ke hari ni. Terngiang2 dan teringat2 peristiwa hitam tersebut.
Syukur ke hadrat ilahi atas limpah keizinanNya, kami berpeluang bersua muka, berjabat tangan, saling berpandangan, berbalas senyuman dan masing2 memohon maaf atas kesilapan lampau. Terasa beban yang berat telah jatuh dari bahu, jauh dari fikiran.
Terima kasih ya Allah 😢.
Engkau sangat Agung, Pemurah, Penyayang dan pemberi Kemaafan.
10.30 : suami saya call dan ajak pulang ke rumah. Sambil2 tu duk lawa chess online dengan Ateh. Singgah kedai burger kitorang masih main lagi. Dalam uber pun tak habis lagi. Last2 dah sampai rumah dia. Kalah menang ikut bilangan tentera je. Hahaha.
12.30 : makan burger, mandi dan sama2 tengok daylight saving time dekat phone masing2. Last time maybe. Sekian saja kisah hari ni.
Moga Allah berkati setiap detik.
Comments
Post a Comment