Posts

Showing posts from August, 2022

hsv

Image
Masa dekat klinik kesihatan selayang, takda pula dia tanya berkaitan dengan keputihan. Tapi bila balik pekan dan sambung check up dekat sini, keputihan tu kira macam soalan wajib tanya dan diorang pelik kenapa kk sana tak tanya. So bila kita kata sebelum pregnant pun dah ada keputihan, dia kata kalau masa pregnant, keputihan tu tak normal. Dan bahaya untuk baby. Boleh menyebabkan baby ada masalah kesihatan pada bahagian kepala, dan boleh membawa kepada maut. Sebab virus atau bakteria. So asalnya kena buat test tu hari jumaat. Tapi dah khamis turun kl, tak hadir la temujanji tu. Check up mingguan hari selasa. Jadinya maklumkan sekali la tak dapat hadir untuk test tu. Selasa petang tu juga dia buat. 2 kali pergi klinik. Penat mak aiiii. Takut pun ye jugak. Pengalaman pertama lah tu di masukkan sesuatu dalam faraj. Ummi kata sakit. Tapi tak sakit pun. Layan je sebab dia nak sedut keputihan tu je asalnya dan bawa ke makmal untuk uji kaji. 2 minggu lagi dapat result. Tapi setaka...

minggu 39

Image
Alhamdulillah minggu ke 39 pun masih lagi gagah pergi kenduri. Nak makan punya pasal. Habis semua makanan dapat rasa. Nasi minyak Laksa Apam balik Cendol Kuih Bubur kacang Puding caramel Aiskrim Pehhh. Banyak betul. Memang taknak cakap pun baby yang nak makan. Sebab diri sendiri suka makan dan boleh makan semua benda. Haha. Pantang sangat kalau ada jemputan kenduri tapi tak dapat datang.   Terima kasih awak sudi datang pagi2. Padahal semalam sampai jam 2 pagi dekat rumah dari melaka dan kl. Terima kasih teman saya morning walk dengan perut 39 minggu ni. Apa lagi kan aktiviti yang boleh buat. Tu jelah. Takkan nak ajak pergi bowling pulak. Haha.  Kita berdua takda experience. Baca dari buku je. So masing2 taktau nak share pengalaman bersalin. Semoga Allah pertemukan jodoh awak dengan lelaki soleh yang boleh bimbing awak ke syurga. Insha Allah akan sampai suatu hari nanti, awak pula yang 39 minggu. Weeee 😍 Harap awak terimalah hadiah dari saya...

minggu 38

Image
Hari first pjj. Pjj la sangat. Haha. Mesti lah kalau dah sorang duk pahang, sorang dekat selangor. Hari ni pergi kk peramu dan set appointment. Katanya sama juga hari selasa. So esok pun kena datang untuk check up mingguan. Akak hantar and abi yang ambil. Panas weh kk pun. 😵‍💫 Terima kasih abang sebab hantar sayang balik pekan. Terima kasih tolong drive jauh2 dan sudi berpenat lelah. Terima kasih juga sudi berphotoshoot semalam. Tahu je abang tak suka sangat bergambar. Tapi ambil jelah. Hahaha Letak dulu teaser. Gambar belum siap lagi. Dua2 pakai baju batik sabella yang lambat sampai tu. Lain sikit dari orang. Biasanya diorang pakai dress gaun dan plain untuk menampakkan lagi bentuk badan. For me, cukup lah nak ada kenangan je. Tak perlu sampai terbuka aurat. Ambil pakej jimat je  rm250 untuk sejam. Photographer pun layan je contoh gambar yang kita pilih. Dah setengah jam tu, minta rehat sebab penat diri. Yelah dah 9 bulan kot. Kaki pun dah sta...

37 minggu

Image
"Sayang nak balik pekan bila?" Soalan yang kalau boleh nak dielakkan dari dijawab. Entah lah. Berat sangat hati nak pjj kali ni. Padahal pernah pjj 2 benua, 5 bulan. Dan selalu cakap kalau boleh nak tunggu 20hb baru balik. Padahal due 26hb. Setelah berminggu2 soalan tu bermain difikiran, dia pun kata " Abang pun kalau boleh nak sayang stay lama sikit sini. Tapi abang risau sayang duk sorang2. Takut jadi apa2, abang busy dan takda masa sayang perlukan abang." Biasa macam tulah lelaki. Lebih utamakan aspek keselamatan. Tapi perempuan hanya pentingkan emosinya sahaja. Dan kami decided  akan balik pekan minggu ni juga. Dia akan hantar. Tapi dia minta tolong ironkan baju kerja. Haha. Yelah mesti la akan iron selagi boleh. Cuma baju dia tak banyak. Nak iron pun mungkin lepas setakat 2 minggu je. Beg baby dah dalam kereta. Baju sendiri baru siap tukar luggage beroda. Senang nak tarik masuk hospital. Cuma tak masukkan selipar dan stokin je lagi.  Hari ni 8/8. So...