37 minggu


"Sayang nak balik pekan bila?"

Soalan yang kalau boleh nak dielakkan dari dijawab. Entah lah. Berat sangat hati nak pjj kali ni.
Padahal pernah pjj 2 benua, 5 bulan.

Dan selalu cakap kalau boleh nak tunggu 20hb baru balik. Padahal due 26hb.

Setelah berminggu2 soalan tu bermain difikiran, dia pun kata

" Abang pun kalau boleh nak sayang stay lama sikit sini. Tapi abang risau sayang duk sorang2. Takut jadi apa2, abang busy dan takda masa sayang perlukan abang."

Biasa macam tulah lelaki. Lebih utamakan aspek keselamatan. Tapi perempuan hanya pentingkan emosinya sahaja.

Dan kami decided  akan balik pekan minggu ni juga. Dia akan hantar. Tapi dia minta tolong ironkan baju kerja. Haha. Yelah mesti la akan iron selagi boleh. Cuma baju dia tak banyak. Nak iron pun mungkin lepas setakat 2 minggu je.

Beg baby dah dalam kereta. Baju sendiri baru siap tukar luggage beroda. Senang nak tarik masuk hospital. Cuma tak masukkan selipar dan stokin je lagi. 

Hari ni 8/8. So buka shoppe dan beli storage beg. Pastu survey rack 3 tier  beroda untuk letak barang baby. Ayah kamu nak sangat rak tu. Katanya senang, tak payah nak cari barang baby dah.

Pagi tadi masa dia dah siap salam nak pergi kerja, tiba2 kaki kejang. Sempat lah dia urutkan.

Pastu bila dia dah keluar, rasa sakit nak kejang balik. Taktau kenapa tiba2 dia masuk semula dan perasan. Terus dia letak beg, mesej sekolah bagitau masuk lambat. Hmmm. Macam mana tak sayang suami saya sorang ni. Terima kasih abang for your time and concern towards your manja wife. 


Oh dan lagi satu, belum decided nak panggil apa. Ummi, ibu, omma, mommy?

08082022
Hudaery

Comments

Popular posts from this blog

minggu 39

بيت ‏جديد ‏2. ‏0

helmet ‎