hsv
Masa dekat klinik kesihatan selayang, takda pula dia tanya berkaitan dengan keputihan. Tapi bila balik pekan dan sambung check up dekat sini, keputihan tu kira macam soalan wajib tanya dan diorang pelik kenapa kk sana tak tanya.
So bila kita kata sebelum pregnant pun dah ada keputihan, dia kata kalau masa pregnant, keputihan tu tak normal. Dan bahaya untuk baby. Boleh menyebabkan baby ada masalah kesihatan pada bahagian kepala, dan boleh membawa kepada maut. Sebab virus atau bakteria.
So asalnya kena buat test tu hari jumaat. Tapi dah khamis turun kl, tak hadir la temujanji tu.
Check up mingguan hari selasa. Jadinya maklumkan sekali la tak dapat hadir untuk test tu. Selasa petang tu juga dia buat. 2 kali pergi klinik. Penat mak aiiii. Takut pun ye jugak.
Pengalaman pertama lah tu di masukkan sesuatu dalam faraj. Ummi kata sakit. Tapi tak sakit pun. Layan je sebab dia nak sedut keputihan tu je asalnya dan bawa ke makmal untuk uji kaji. 2 minggu lagi dapat result. Tapi setakat yang dia nampak cuma kulat dan boleh dirawat dengan ubat.
Ubatnya pun bukan main. Kena masuk ikut situ juga. Dan kena betul2 pada tempatnya. Kalau ikutkan perut, tak sampai dah dr kata. Tapi suami jauh, jadi kita buat sendiri. Alhamdulillah ubat tu larut dan kesan pada hari esoknya ada serbuk2 ubat sekali keputihan.
Harapnya dapatlah ubati keputihan tu atau makin berkurang. Aaminnn.
Hudaery
29082022
Comments
Post a Comment