Posts

luka

Image
Alkisahhhh. Omma pergi dapur kejap nak tukar pinggan sebab tengok hania macam nak makan sendiri. Datang balik semula tengok dia gosok frame ni atas lantai pastu macam ada warna. Pelik juga, dari mana dia dapat pen. Tiba2 baru perasan frame tu pecah dan warna merah tu dari darah dia. Panik sekejap nak buat apa. Tengok dia dah mula nangis dan start gosok jari telunjuk dengan ibu jari, terus angkat bawa masuk bilik air. Basuh dulu. Risau ada serpihan kaca. Memang banyak lah keluar dengan kulit dah terbelah tu. Cari kain nak stopkan darah dia. Tekan lama2. Sementara nak cari kain tu, dan dulu menitik di merata. Kain yang sama lap darah dan hingus. Sementara nak tunggu darah berhenti tu, dia duk sebut nekmi. Dan call tak berjawab. Rupanya di masjid. Group family pun masih dengan kerja masing2. Dah lama tu, balut dengan tisu dan salotip je. Ayah balik dia mengadu tunjuk tangan, tunjuk tempat kejadian. Sebelum tidur tangan duk terangkat lagi. Terjaga masa o...

birthday Abang ke 36

Image
Minggu ke 26 pregnant. Alhamdulillah masih berada di sisi abang masa ulang tahun kelahiran abang. Happy birthday abang. Sorry lambat wish walaupun dah duduk sebelah dari jam 12 pagi. Haha. Ralit sangat tengok cerita miss night and day. Hadiah dah bagi awal. Takda idea nak bagi apa. Tapi sebab abang ada complaint earphone lama guna sekejap sangat dan habis bateri, beli jelah. Survey pun sekejap je. Harap tahan lama. Beli masa tengah live. Alhamdulillah berbaloi. Hiks. Maaf pagi sedia sarapan lambat. Abang cuti isnin sempena hari sukan sabtu baru ni. Tapi sayang masih kelas macam biasa. Jadinya lepas kelas baru nak urus anak sambil sempat buat tempoyak. Hahaha 😆  Panaskan je lauk dalam peti dan goreng nugget. Lama dah abang cakap nak makan nugget tu. Tapi malam sebelum tu abang ada request nak nasi lemak ikan patolin goreng. Huuu. Maaf tak dapat tunaikan di hari yang bahagia dan bermakna. Tapi akan di fikir2kan dalam masa terdekat. Tq abang sebab masih buat kerja rumah. ...

hsv

Image
Masa dekat klinik kesihatan selayang, takda pula dia tanya berkaitan dengan keputihan. Tapi bila balik pekan dan sambung check up dekat sini, keputihan tu kira macam soalan wajib tanya dan diorang pelik kenapa kk sana tak tanya. So bila kita kata sebelum pregnant pun dah ada keputihan, dia kata kalau masa pregnant, keputihan tu tak normal. Dan bahaya untuk baby. Boleh menyebabkan baby ada masalah kesihatan pada bahagian kepala, dan boleh membawa kepada maut. Sebab virus atau bakteria. So asalnya kena buat test tu hari jumaat. Tapi dah khamis turun kl, tak hadir la temujanji tu. Check up mingguan hari selasa. Jadinya maklumkan sekali la tak dapat hadir untuk test tu. Selasa petang tu juga dia buat. 2 kali pergi klinik. Penat mak aiiii. Takut pun ye jugak. Pengalaman pertama lah tu di masukkan sesuatu dalam faraj. Ummi kata sakit. Tapi tak sakit pun. Layan je sebab dia nak sedut keputihan tu je asalnya dan bawa ke makmal untuk uji kaji. 2 minggu lagi dapat result. Tapi setaka...

minggu 39

Image
Alhamdulillah minggu ke 39 pun masih lagi gagah pergi kenduri. Nak makan punya pasal. Habis semua makanan dapat rasa. Nasi minyak Laksa Apam balik Cendol Kuih Bubur kacang Puding caramel Aiskrim Pehhh. Banyak betul. Memang taknak cakap pun baby yang nak makan. Sebab diri sendiri suka makan dan boleh makan semua benda. Haha. Pantang sangat kalau ada jemputan kenduri tapi tak dapat datang.   Terima kasih awak sudi datang pagi2. Padahal semalam sampai jam 2 pagi dekat rumah dari melaka dan kl. Terima kasih teman saya morning walk dengan perut 39 minggu ni. Apa lagi kan aktiviti yang boleh buat. Tu jelah. Takkan nak ajak pergi bowling pulak. Haha.  Kita berdua takda experience. Baca dari buku je. So masing2 taktau nak share pengalaman bersalin. Semoga Allah pertemukan jodoh awak dengan lelaki soleh yang boleh bimbing awak ke syurga. Insha Allah akan sampai suatu hari nanti, awak pula yang 39 minggu. Weeee 😍 Harap awak terimalah hadiah dari saya...

minggu 38

Image
Hari first pjj. Pjj la sangat. Haha. Mesti lah kalau dah sorang duk pahang, sorang dekat selangor. Hari ni pergi kk peramu dan set appointment. Katanya sama juga hari selasa. So esok pun kena datang untuk check up mingguan. Akak hantar and abi yang ambil. Panas weh kk pun. 😵‍💫 Terima kasih abang sebab hantar sayang balik pekan. Terima kasih tolong drive jauh2 dan sudi berpenat lelah. Terima kasih juga sudi berphotoshoot semalam. Tahu je abang tak suka sangat bergambar. Tapi ambil jelah. Hahaha Letak dulu teaser. Gambar belum siap lagi. Dua2 pakai baju batik sabella yang lambat sampai tu. Lain sikit dari orang. Biasanya diorang pakai dress gaun dan plain untuk menampakkan lagi bentuk badan. For me, cukup lah nak ada kenangan je. Tak perlu sampai terbuka aurat. Ambil pakej jimat je  rm250 untuk sejam. Photographer pun layan je contoh gambar yang kita pilih. Dah setengah jam tu, minta rehat sebab penat diri. Yelah dah 9 bulan kot. Kaki pun dah sta...

37 minggu

Image
"Sayang nak balik pekan bila?" Soalan yang kalau boleh nak dielakkan dari dijawab. Entah lah. Berat sangat hati nak pjj kali ni. Padahal pernah pjj 2 benua, 5 bulan. Dan selalu cakap kalau boleh nak tunggu 20hb baru balik. Padahal due 26hb. Setelah berminggu2 soalan tu bermain difikiran, dia pun kata " Abang pun kalau boleh nak sayang stay lama sikit sini. Tapi abang risau sayang duk sorang2. Takut jadi apa2, abang busy dan takda masa sayang perlukan abang." Biasa macam tulah lelaki. Lebih utamakan aspek keselamatan. Tapi perempuan hanya pentingkan emosinya sahaja. Dan kami decided  akan balik pekan minggu ni juga. Dia akan hantar. Tapi dia minta tolong ironkan baju kerja. Haha. Yelah mesti la akan iron selagi boleh. Cuma baju dia tak banyak. Nak iron pun mungkin lepas setakat 2 minggu je. Beg baby dah dalam kereta. Baju sendiri baru siap tukar luggage beroda. Senang nak tarik masuk hospital. Cuma tak masukkan selipar dan stokin je lagi.  Hari ni 8/8. So...

helmet ‎

Image
Helmet pun nak story? Haha. Biarlah.  Sis rasa ianya kenangan yang indah.  Keluar mula2 dia je yang pakai helmet. First kedai terus sambar helmet. Masing2 risau sebab takda duit nak bayar kalau kena sama.hahaha. Sebelum keluar dah letak bajet berapa untuk helmet. Around rm100-rm130. Sampai je kedai, ada helmet bergaya dengan harga rm70. Fuhh. Murah dah tu.  Nego harga sampai dapat rm60 je. Encik suami pulak menyesal sebab helmet lama dia mahal. Hahaha. Keluar kedai terus pakai oiii.  Tadaaaa. Dah atas motor baru nak bergambar. Camni jelah. Risau ada yang sambar hp pulak nanti. So masa ni photostate ic dan terus ke balai nak minta izin rentas negeri. Alhamdulillah dipermudahkan tapi balik hari. sama2 duk bawah canopy tunggu borang lulus.  Dah la nak balik naik bus, kemudian baru naik kereta. Logik ke nak balik hari tu? Adoiii. Pening agaknya duk sign banyak borang. Hmmm.  So petang tu rempit ke tbs pulak. Dalam 40 minit. Lain macam ra...